Archive for: April 2007

April 12, 2007

Surat ke Surat Khabar - Caj tak adil

Filed under: Share ur story, blogging tool, blog, sincerity - 12 Apr 2007

Saya suka hantar artikel ke Akhbar utama di Malaysia ni, yg mana saya fikir baik untuk dikongsi bersama dan sekiranya ada maslah yang tidak dapat saya selesaikan. Biasanya ke dalam ruangan Forum Pembaca. Tapi tak semuanya disiarkan. …

April 5, 2007

Peace, Love, Faith and Hope

I found a very interesting post emailed to me by circle of friends. It’s about peace, love , faith and hope.

Even the world now is lacking of the first three, but we still have HOPE. Click here to see …

Surat ke Surat Khabar- Memajukan Mutu Bolasepak

Filed under: Share ur story, blogging tool, sincerity - 05 Apr 2007

Saya suka hantar artikel ke Akhbar utama di Malaysia ni, yg mana saya fikir baik untuk dikongsi bersama dan sekiranya ada maslah yang tidak dapat saya selesaikan. Biasanya ke dalam ruangan Forum Pembaca. Tapi tak semuanya disiarkan. Oleh kerana itu di ruang blog saya sendiri ini sukalah saya menyiarkan artikel-artikel yang pernah dan akan saya hantar ke akhbar. Terutamanya yang tidak di”publish”.

Artikel 1: Memajukan mutu bolasepak negara

 

          Saudara Pengarang,

 Mengulas laporan akhbar saudara dalam bahagian Sukan dimana Naib Presiden FAM mahukan kuasa penuh dalam menentukan hala tuju bolasepak negara yang semakin hari semakin merosot nampaknya, saya ingin membincangkan hasil pemerhatian yang saya telah lakukan selama ini. Naib Presiden FAM nampak tidak senang dengan komen menuntut semua pegawai tertinggi FAM meletak jawatan secara terhormat. Saya juga sependapat dengan ahli parlimen dan sebahagian besar rakyat
Malaysia yang mahukan satu perubahan drastik dalam badan pengelola sukan No.1 negara itu. Berapa tahun lagi kami harus menanti? Apa yang kurang kepada kita dibandingkan dengan Negara yang jauh lebih mundur prasarananya dari kita. Memang ianya bukan tugas yang mudah, semua orang tahu tetapi jika kita masih gagal bukankah sudah sampai masanya kita berundur diri dan berikan kepada orang lain untuk mencuba pula. Tak semestinya orang baru akan terus berjaya, mungkin orang baru juga memerlukan bantuan orang lama dan sama-sama lah kita akan berjaya.