Surat Kepada Akhbar - Sikap Tak Ambil Peduli
Akhirnya setelah beberapa kali saya hantarkan pendapat saya tentang isu semasa, kali ini surat saya disiarkan di akhbar Utusan Malaysia 16hb Ogos 2007 di ruangan pendapat. Di sini saya post kan rencana saya yang asal yang belum di edit. Untuk melihat artikel di surat khabar pula, klik sini.
Bacalah dan renung-renungkan lah.
Saudara Pengarang,
Dahulu saya pernah menulis di ruangan saudara, kita hanya sibuk dan bising-bising tentang kemalangan pada masa musim perayaan dan ketika berlaku kemalangan ngeri sahaja. Selepas beberapa ketika kita akan sejuk, reda, lupa dan akhirnya kembali leka. Itu lah sikap kita semua rakyat Malaysia, termasuk pihak akhbar sendiri. Tidak pernah saya jumpa laporan atau artikel tentang kempen keselamatan jalan raya berdegar-degar di masa-masa biasa.
Lalu, ketika ini kita (merujuk kepada kemalangan ngeri Bas Super Ekspress) akan kembali risau, tersentak dan mula tuding menuding, mengambil keputusan drastik yang akan hilang semula ditelan masa. Apakah putaran ini?
Bagi saya, apa guna kita menjadi kecoh, sekecoh kecohnya hanya untuk menghilangkan kegusaran kita, kengerian kita yang mana setelah beberapa ketika tiada siapa ambil peduli ( saya maksudkan disini ialah penguatkuasaan bermusim)? Pihak berwajib akan mencadangkan bermacam-macam cadangan, yang saya rasa memang bagus, cuma, kenapa baru sekarang mereka terfikir cadangan itu. Bukankah sudah ada badan pemikir untuk perkara keselamatan jalan raya kita (MIROS)? Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama majukan pemikiran kita selaras atau setanding dengan kemajuan teknologi yang kita ada yang sebahagiannya mendahului kebanyakan negara lain di muka bumi ini. Kisah kemalangan jalan raya ini amat berkait rapat dengan sikap kita. Lupakan seketika keadaan jalan raya, keadaan kenderaan atau keadaan cuaca. Marilah mulakan muhasabah dengan memikirkan sikap kita sendiri dahulu. Letaklah seorang penguatkuasa di setiap kilometer jalan raya diseluruh negara, bina lah jalan raya terbaik didunia, sekiranya sikap kita tidak berubah, kemalangan akan tetap datang.
Pendapat saya, tidak cukupkah kisah kemalangan (kemalangan Bas Super Ekspress tersebut) itu sendiri menjadi CARA atau “Counter Measure” bagi kita untuk mengelakkan kemalangan berlaku lagi dimasa hadapan? Mengapa kita tidak belajar dari situ? Pelajaran yang kita boleh ambil amatlah mudah, iaitu “kemalangan boleh berlaku,mungkin berlaku,akan berlaku dan telahpun berlaku”. Mengapa perlu kerajaan yang memikirkan untuk kita (dengan cara mewajibkan banyak perkara (yang mana saya ragui, kita akan ikut) , ubah undang-undang dan lain-lain) untuk mengelakkan kemalangan dari berulang? Tidak cukupkah berita 20 kematian ini menjadi iktibar untuk kita supaya lebih berhati-hati.
Rakyat Malaysia amat berani. Tetapi kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Kita menjadi berani kerana kita mempunyai sikap “mengabaikan kemungkinan kemalangan kerana akibat yang tidak segera” (Ignorance to fatal probability due to non-acute consequences). Kita tahu kemalangan mungkin akan berlaku tetapi kita mengabaikannya kerana kemalangan itu belum terjadi kepada kita atau keluarga kita, ataupun kesan akibat dari perbuatan kita itu hanya akan dirasai kemudian hari. Contoh;
1. Bekerja dengan bahan kimia, habuk atau bunyi bising tanpa memakai PPE (Personal Protective Equipment); akibatnya mungkin di masa tua nanti kita akan mendapat sakit kronik.
2. Menghisap rokok, permakanan tidak sihat seperti berlebih kolestrol, gula dan lain-lain lagi; akibat nya penyakit2 pembunuh utama akan datang, bukan sekarang tetapi dimasa umur meningkat.
3. Bekerja dengan elektrik tanpa pengetahuan tentangnya atau pun menggunakan alat eletrik yang tidak di sahkan keselamatannya; akibatnya kejutan elektrik.
4. Membiarakan anak keluarkan tangan atau kepala dari tingkap kereta, kerana tidak pernah dengar kes tangan atau anak itu akan tercampak keluar.
5. Membiarkan anak kecil berseorangan dirumah.
6. Berlumba haram
7. dan Memandu secara berbahaya, laju dan tidak langsung memikirkan keselamatan (malah kereta yg penuh dengan anak-anak kecil juga dipandu laju)
dan banyak lagi contoh yang jika mahu diungkapkan disini tidak akan habis.
Tetapi kepada perkara-perkara yang diketahui akibat teruk yang mungkin berlaku (known for it fatal probability), kita takut untuk melakukannya walaupun apabila melakukannya dengan cara dan peralatan yang betul ia ternyata selamat.
1. Memanjat bangunan tanpa tali
2. Terjun dengan payung terjun dari bangunan.
3. Bekerja pembinaan atau mencuci bangunan tinggi ( sehingga terpaksa mengupah pekerja asing)
dan lain-lain lagi.
Jadi, saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya ubahlah mentaliti kita. Berfikirlah secara orang yang maju berfikir. Jangan tunggu kemalangan terjadi kepada diri kita sendiri dahulu baru kita hendak berubah.
Kepada pihak berkuasa, lakukanlah penguatkuasaan tanpa bermusim, berterusan dan istiqamah.
Kepada MIROS, cari lah dan musnahkan lah punca sebenar ( ROOT CAUSE ) masalah ini, bukan hanya membetulkannya (Preventive, rather dan corrective).
Semoga tiada lagi kisah ngeri yang tidak sepatutnya berlaku ini berulang lagi.


















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.