Surat ke Surat Khabar - Caj tak adil
Saya suka hantar artikel ke Akhbar utama di Malaysia ni, yg mana saya fikir baik untuk dikongsi bersama dan sekiranya ada maslah yang tidak dapat saya selesaikan. Biasanya ke dalam ruangan Forum Pembaca. Tapi tak semuanya disiarkan. Oleh kerana itu di ruang blog saya sendiri ini sukalah saya menyiarkan artikel-artikel yang pernah dan akan saya hantar ke akhbar. Terutamanya yang tidak di”publish”.
Saudara Pengarang,
Saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati saya terhadap syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia. Ia berkenaan panggilan yang dijawab oleh mesin penjawab otomatik sekiranya penerima berada diluar kawasan atau menutup telefon bimbit dan tidak mahu menerima panggilan. Pemanggil seperti saya bukan selalunya ingin meninggalkan mesej di peti suara, jadi kami akan terus meletakkan telefon. Malangnya di negara kita ini kita tetap akan dicaj, iaitu caj minimum yang mana berharga lebih kurang RM0.10 (10 sen). Saya meneliti bil saya setiap bulan dan mendapati purata panggilan saya ke mesin penjawab otomatik ini ialah 50 kali sebulan. Panggilan itu boleh diketahui dengan melihat panggilan 3 saat kebawah. Kebanyakannya satu atau dua saat sahaja. Bermakna saya dicaj RM5.00 setiap bulan. Cuba saudara bayangkan berapa ramaikah pelanggan telefon di Malaysia ini. Andaikan seseorang membuat RM1.00 sahaja ( realitinya teramat lebih) panggilan sebegini sebulan, syarikat telekomunikasi mendapat untung berjuta-juta ringgit daripada menganiaya pelanggan-pelanggan mereka, secara tidak mereka sedari.
Baru-baru ini saya telah menukar perkhidmatan pasca bayar saya kepada pra bayar, mengucap panjang saya apabila menyemak baki setiap kali saya membuat panggilan tidak berjawab (yang dijawab oleh mesen) walaupun saya secara pantas cuba memutuskan talian.
SUNGGUH TIDAK ADIL. Saya harap pihak Kementerian dapat meneliti perkara ini.
Cadangan Saya: Di Jepun panggilan begini hanya dicaj setelah mesin perakam suara dibuka. Semasa mesin mengucapkan “Panggilan ini telah disambung ke 012XXXXXXX, sila tinggalkan pesanan selepas nada”… (ini sahaja sudah 15 saat) tiada caj dikenakan. Caj hanya bermula selepas nada “tooot”.
MENUNTUT KEADILAN
Sijangkang,Malaysia


















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.