Surat ke Surat Khabar- Memajukan Mutu Bolasepak
Saya suka hantar artikel ke Akhbar utama di Malaysia ni, yg mana saya fikir baik untuk dikongsi bersama dan sekiranya ada maslah yang tidak dapat saya selesaikan. Biasanya ke dalam ruangan Forum Pembaca. Tapi tak semuanya disiarkan. Oleh kerana itu di ruang blog saya sendiri ini sukalah saya menyiarkan artikel-artikel yang pernah dan akan saya hantar ke akhbar. Terutamanya yang tidak di”publish”.
Artikel 1: Memajukan mutu bolasepak negara
Saudara Pengarang,
Mengulas laporan akhbar saudara dalam bahagian Sukan dimana Naib Presiden FAM mahukan kuasa penuh dalam menentukan hala tuju bolasepak negara yang semakin hari semakin merosot nampaknya, saya ingin membincangkan hasil pemerhatian yang saya telah lakukan selama ini. Naib Presiden FAM nampak tidak senang dengan komen menuntut semua pegawai tertinggi FAM meletak jawatan secara terhormat. Saya juga sependapat dengan ahli parlimen dan sebahagian besar rakyat
Saya senaraikan dibawah antara faktor penyebab kegagalan bolasepak
1. Terlalu banyak perubahan format (boleh dikatakan setiap tahun) dalam liga bolasepak tempatan. Ini mengakibatkan daya saing antara pemain dan motivasi boleh menurun. Pemain tiada cita-cita atau impian untuk dikejar.
2. Faktor psikologi. Pemain Negara sering over confident ketika menentang pasukan yang setaraf atau lebih lemah dan sering kali mempunyai perasaan kalah sebelum bertanding ketika menentang pasukan kuat. Ini menyebabkan mereka sering hilang tumpuan terutama di minit-minit akhir perlawanan.
3. Pemain tidak faham erti professional. Sekiranya mereka faham istilah professional tidak berlaku ungkapan pemain bermain untuk wang. Pemain professional di Eropah MEMANG bermain untuk wang (tak jadi masalah pun).
4. Banyak lagi faktor-faktor lain yang tidak akan saya tuliskan kali ini, tetapi faktor yang keempat inilah yang teramat penting yang saya rasa perlu FAM memikirkan secara serius. Ianya adalah, pemilihan pemain untuk mewakili negara, pemilihan pelapis dan pencarian bakat baru. Kriteria apa yang pasukan negeri dan pasukan kebangsaan guna pakai untuk memilih pemain? Adakah kriteria itu ada didokumentasikan? Pernahkah ianya dikaji semula (review) dan dilakukan program penambahbaikan? Sekiranya pembaca belum faham maksud tersirat yang ingin saya ungkapkan
Saya ringkaskan perbincangan saya untuk faktor no.4 itu setakat itu sahaja. Seterusnya kita harus membina Pareto Diagram (80:20 rules) dan kita selesaikan faktor yang sikit tetapi penting (Vital Few). Kemudian kita duduk berbincang (brainstorming) buat analisis kemudian haruslah kita menghasilkan Pelan Induk Langkah-langkah penambahbaikan dan tetapkan sampai bila (timing plan). Saya rasa pihak FAM tentu mempunyai “problem solving method” mereka sendiri. Terpulanglah cara apa mereka hendak pakai yang penting jangan sampai terlepas pandang faktor-faktor penyebab (root cause). Sekiranya
JuaraDunia2010
Sijangkang, Selangor.


















Comment by nana
aku pun dah kecewa dgn mutu bola sepak negara kita, tak lepas kemana, hnya di takuk lama, terkenang zaman kegemilangan mohktar dahari dan olimpik kat russia dulu. tapi kita tak pi kerana boikot russia, kalahkan Asenal dan byk lagi pad masa dulu, tapi kini adakah pemain2 kita ni lembik, jepun dan korea dah tinggalkan kita jauh ke belakang, negara islam arab saudi pun dah maju bola sepaknya, yang pasti dulu pemain kita ada unsur majmuk pelbagai kaum, armugan, sou chin ann, santok sing, mohktar dahari, tapi skrg unsur ni dah tak ada lagi sangatlah..mmmmm